Daftar untuk dapat maklumat terkini

Nama:
Email:




 

Ekpedisi Mencari Madu Tualang Sebenar


Kami meredah hutan belantara dengan mengharungi sungai, denai, bukit bukau, jalan berlumpur, paya, ancaman binatang buas seperti gajah liar dan harimau, serangan Lebah liar di samping menggadai nyawa memanjat pokok setinggi 45 meter bersamaan 144 kaki tanpa insuran hanya semata-mata untuk memberikan anda Madu Tualang Sebenar.

Keistimewaan lebah disebut di dalam Al-Quran dan banyak Hadis-hadis antaranya firman Allah di dalam surah An-Nahlu: ayat 68-69“………. Dan dari perut lebah itu keluar cairan yang berbagai-bagai warnanya………”

Ingatlah seawal-awal nikmat kehidupan di bumi yang akan ditarik Allah adalah Madu Asli dan petanda Kiamat telah hampir adalah apabila nikmat ini ditarik balik. Ini bertepatan dengan keadaan sekarang yang menunjukkan tanda-tanda nikmat itu akan pupus apabila koloni lebah semakin berkurangan disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri yang menempa pembangunan tanpa batasan.

Akibatnya Bumi yang dulunya menjadi tempat pembiakan lebah dan sumber pengumpulan nektar dari hutan belantara ataupun ladang buah-buahan, samada madu lebah yang diambil dari hutan atau diternak di ladang.

Jika adapun ia dicemari oleh perladangan moden dengan kandungan pesticide, fertilizer dan lain-lain. Pembakaran hutan samada sengaja atau tidak boleh menyebabkan pupusnya koloni lebah, seperti yang berlaku di Australia di mana suatu ketika dulu Australia merupakan antara pengeluar madu terbesar dunia. Sekarang hutan di Russia dan beberapa tempat yang lain kawasan koloni lebah  diancam oleh pembakaran hutan.

Pembalakan samada secara sah atau haram menyebabkan banyak pokok yang merupakan tempat lebah bersarang ditebang. Lebah amat sensitif dengan suasana persekitaran, sehingga jika mereka tiada tempat untuk bersarang maka mereka tidak akan datang lagi ke tempat tersebut.

Teknologi terkini turut menjadi ancaman terbaru bagi koloni Lebah. Mengikut kajian, di Amerika atau India, jumlah populasi Lebah semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Penyebabnya ialah penggunaan telefon bimbit secara meluas yang menyebabkan kebanyakan koloni lebah telah kehilangan deria kawalan. Lebah secara uniknya berkomunikasi melalui tarian dan sesungut. Apabila berlaku gangguan yang disebabkan oleh radiasi pemancar atau menara telekomunikasi yang terlalu banyak di dua negara seperti Amerika dan India, mneyebabkan mereka (Lebah ),hilang kawalan untuk keluar mencari nektar dan balik semula ke sarang.