Daftar untuk dapat maklumat terkini

Nama:
Email:




 

Soalan Lazim

1. Bagaimana kita dapat mengetahui samada madu itu asli atau tidak?

Jawapan:

Sukar nak dibezakan kerana teknologi terbaru penciptaan Madu tiruan yang apabila diuji di Makmal pun keputusannya lebih baik dari Madu Asli, contohnya kadar Sukrosa. Namun, pancaindera dan badan kita dapat menilai, ia itu melalui rasa, bau(aroma) dan warna madu.Tetapi hanya bagi mereka yang berpengalaman sahaja. Badan akan memberi respon apabila meminum madu asli, contohnya jika letih, mengantuk dan stress akan berkurangan

2. Sekiranya madu itu asli, semut tidak akan datang?

Jawapan:

Madu adalah sejenis manisan kurniaan Tuhan dan pemanis pertama di dunia sebelum terciptanya Gula (White Poison). Madu digemari oleh kebanyakkan makhluk termasuklah beruang, kerengga, semut dan banyak lagi binatang dan serangga lain. Oleh itu tidak hairanlah jika sarang lebah di datangi semut malah Sel sarang lebah (Comb) juga ditebuk oleh semut untuk mendapatkan madu. Cuma ada sesetengah pendapat yg berkata semut akan mati setelah makan madu
 

3. Apa kah khasiat madu sebenarnya sehingga tersebut sebagai penyembuh segala penyakit didalam Al Quran

Jawapan:

Kita telah sedia maklum yang madu asli dapat membantu mereka yang mengalami masalah-masalah kesihatan. Ianya dipercayai dapat mengelak daripada pelbagai jenis penyakit dan masalah kesihatan dan yang paling penting ia menjadikan kita lebih Bertenaga, Berstamina dan Berdaya tahan.

 

Kandungan Vitamin B2 dan Protin paling banyak di dalam madu Tualang PREMIUM TLH. Vitamin B2 sangat berkesan melawan virus bahaya. Kandungan Antioksidan dengan tingginya HMF menjadikan madu ini sangat berkesan sebagai minuman Antioksidan semulajadi. Kandungan Flavanoidnya pula bertindak sebagai Antibodi Semulajadi. Gula asli didalam madu ini boleh mengurangkan kadar gula dalam darah yang sesuai bagi pesakit Diabetik. Maka tidak hairanlah ianya diangkat oleh Allah sebagai minuman penyembuh penyakit.

 

4. Apakah orang yang sihat tubuh badan masih perlu minum madu.
 
Jawapan:
 
Oleh kerana Gaya hidup kita sudah berubah sehingga segala-galanya hendak cepat hinggalah kesoal makan minum. Kerjaya harian kita khususnya mereka yang bekerja di pejabat dan kurang aktiviti yang mengeluarkan peluh menjadikan tubuh lebih cepat mendapat pelbagai jenis penyakit sebelum waktunya. 
 
Disebabkan oleh masalah-masalah ini, maka mengambil supplimen seperti madu adalah perlu bagi memastikan tubuh badan kita dibekalkan dengan nutrisi, vitamin, zat dan mineral yang cukup. Kita tidak ada pilihan lain walaupun sesetengah pihak menyatakan tidak perlu bagi mereka yang sihat untuk mengambil supplimen, dakwaan ini benar jika kita hidup pada zaman dahulu kala ia itu sebelum terciptanya baja kimia, racun makhluk perosak yang digunakan bagi pertanian komersil.